KUALA LUMPUR:Pengambilan vaksin adalah penting dan satu langkah pencegahan yang dituntut mana-mana agama, bagi menghalang penularan penyakit atau wabak seperti COVID-19 yang boleh menjejaskan populasi manusia, kata pemimpin-pemimpin agama.
Mereka senada berpendapat bahawa, pengambilan vaksin itu adalah sifat yang dituntut dan dikategorikan sebagai membuat amalan yang baik untuk kesihatan diri sendiri, orang sekeliling, masyarakat, dan negara, secara keseluruhannya.
Mufti Wilayah Persekutuan Dr Luqman Abdullah berkata, pandemik COVID-19 itu berisiko tinggi untuk membawa mudarat kepada orang Islam dan oleh kerana itu, langkah pencegahan perlu diambil bagi mengelak ia terus menular dan membahayakan orang lain.
"Seperti kita tahu, tiada lagi undang-undang khusus agar pengambilan vaksin (bila ada di pasaran) itu jatuh sebagai hukum wajib. Jadi kita kena bergerak dalam rangka undang-undang.
"Vaksin itu harus, tapi digalakkan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa ia adalah keperluan, dalam mengekang penularan pandemik COVID-19.
"Kalau penggambilan atau penggunaan vaksin itu tidak diutamakan, akan wujud kemungkinan hadirnya penyakit lain, yang dibimbangi akan membawa keseriusan atau masalah yang sama seperti COVID-19.
"Jadi apabila ada vaksin, ia akan membanteras perkara itu dari berlaku. Pencegahan itu dituntut dalam agama," katanya kepada Bernama.
Kerajaan masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-raja, berhubung fatwa penggunaan vaksin Covid-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai hal itu, telah dipersembahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja minggu lalu.
Manakala Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata, vaksin COVID-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia, manakala warga asing akan dikenakan caj yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Perdana Menteri berkata pada masa yang sama, kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan pengambilan vaksin itu dan ia hanya akan diberikan kepada mereka yang bersetuju untuk mengambilnya secara sukarela, terutama golongan berisiko dan mudah menghidapi penyakit.
Mengulas lanjut, Luqman yang juga bekas pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) berkata, perlu dipastikan juga sumber vaksin itu dari bahan yang halal dan diperakui KKM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), bagi mengelakkan berlakunya polemik berpanjangan.
"Kerana itu pentingnya saintis Muslim seluruh dunia menggerakkan usaha untuk mencipta vaksin 100 peratus dari bahan atau sumber yang halal, agar tidak lagi menjadi pendebatan. Sumber yang halal itu penting kerana adalah perkara pokok yang akan menjadi buah mulut kita semua.
"Selain itu, perlu dipastikan juga ia tiada kesan sampingan atau negatif kepada penerima vaksin," katanya.
Jelasnya, penerimaan vaksin dari sumber lain (tidak halal) dibenarkan mengikut kesesuaian dan keadaan tertentu sahaja, asalkan ia tidak menyimpang daripada syariat Islam yang jelas mementingkan maslahat manusia di dunia dan akhirat.
Dalam pada itu, Presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS) Datuk R.S. Mohan Shan berkata pengambilan vaksin itu mesti diambil dan perlu diutamakan, kerana ia adalah amalan yang baik untuk kesejahteraan hidup seseorang tanpa mengira agama, bangsa, dan negara.
"Ia adalah langkah yang penting untuk kesihatan. Manusia yang baik adalah mereka yang tidak menyusahkan orang lain dan tidak pentingkan diri, malah berfikiran sebagai seorang yang rakyat yang pentingkan negara dari diri sendiri.
"Janganlah mati sia-sia disebabkan COVID-19. Kita perlu utamakan kesihatan dan pengambilan vaksin adalah langkah pencegahan yang terbaik," katanya.
Sementara itu, Presiden, Persatuan Dhammaduta Malaysia (BMSM) Sister Loh Pai Ling berkata menurut Buddha, amalan buatlah baik dan elakkan kejahatan itu penting, termasuk pengambilan vaksin yang mana ia memberi kesan yang baik untuk seseorang individu dan juga masyarakat.
Jelasnya, ketika negara dan dunia sedang mengalami pandemik COVID-19, kehadiran vaksin mampu menjadikan dunia selamat, sihat dan stabil untuk diduduki.
"Kita perlu ada niat yang suci murni dan tujuan yang baik untuk menjadikan negara atau dunia dengan komuniti yang selamat (aman bebas dari pandemik), sihat dan stabil, dapat dicapai dengan sempurna.
"Walau bagaimanapun, mereka yang enggan menerima atau menolak pengambilan vaksin (atas apa jua alasan /sebab), mesti mengikut prosedur operasi standard (SOP), baik untuk diri mereka sendiri dan komuniti rapat yang mempunyai hubungan dengan mereka," tegasnya.
Dalam pada itu, Presiden Majlis Gurdwara Malaysia Sardar Jagir Singh berkata dari segi agama Sikh, tiada larangan untuk pengambilan vaksin sebagai langkah untuk mempelihara diri dari ancaman COVID-19.
"Adalah penting juga bagi masyarakat ambil vaksin untuk keselamatan diri dan juga bagi kebaikan, serta keselamatan masyarakat. Jika kita tidak mahu ambilnya maka kita akan mengancam diri sendiri dan mengancam keselamatan masyarakat dan keluarga," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 17 2020
Pengambilan vaksin adalah penting dan satu langkah pencegahan yang dituntut mana-mana agama, bagi menghalang penularan penyakit atau wabak seperti COVID-19 yang boleh menjejaskan populasi manusia, kata pemimpin-pemimpin agama. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Negara luar memuliakan Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerja 24 jam tanpa bayaran, Sahabat Maktab sanggup bantu jemaah haji
Walaupun perlu berkorban masa dan tenaga, kesemua mereka bertekad menyantuni tetamu Allah dengan sebaiknya seperti yang dilakukan petugas TH.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry;
Kerajaan tidak perkenal cukai baharu, sasar subsidi lebih adil - PM
Pemulihan luar biasa, Faisal Halim dibenar keluar hospital
Beri peluang bekas banduan bekerja, cegah kembali ke penjara - Ramanan
Kerajaan tidak perkenal cukai baharu, sasar subsidi lebih adil - PM
Pemulihan luar biasa, Faisal Halim dibenar keluar hospital
Beri peluang bekas banduan bekerja, cegah kembali ke penjara - Ramanan
Kekejaman Zionis: Rundingan gencatan senjata Gaza mungkin disambung semula
Prospek untuk menyambung semula rundingan gencatan senjata Gaza meningkat walaupun Israel melakukan serangan baharu di mana lebih 40 rakyat Palestin terbunuh.
Kekejaman Zionis: Perintah ICJ gagal menidakkan keseluruhan serangan - Israel
Israel menganggap perintah Mahkamah Dunia untuk menghentikan serangan tenteranya ke atas Rafah di selatan Gaza memberi ruang untuk beberapa tindakan ketenteraan di sana.
Kekejaman Zionis: Penduduk Rafah alu-alukan keputusan mahkamah dunia
Penduduk Semenanjung Gaza mengalu-alukan arahan daripada mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya Israel menghentikan serangan tenteranya ke atas bandar Rafah di selatan.
Mesir sambut arahan ICJ, gesa tindakan UNSC tamatkan krisis
Mesir menyambut baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenakan langkah tambahan ke atas Israel.
Selain menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengambil tindakan tegas bagi menamatkan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza.
Selain menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengambil tindakan tegas bagi menamatkan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza.
Kekejaman Zionis: Itali sambung dana untuk UNRWA
Itali akan menyambung semula pembiayaan untuk organisasi bantuan Palestin PBB (UNRWA) sebagai sebahagian daripada pakej bantuan 35 juta euro.
Fahmi jumpa pengendali platform media sosial di Singapura bulan depan
Pertemuan dibuat susulan tindakan Meta Platforms menurunkan hantaran berita media Malaysia mengenai pertemuan Anwar dengan Ismail Haniyah.
KTMB sedia empat tren tambahan sempena Aidiladha
Sebanyak 9,450 tiket tren tambahan termasuk koc kelas perniagaan akan mula dijual pada 3 petang hari ini.
Sumbangan industri pelancongan kepada KDNK global akan lepasi paras prapandemik tahun ini - WEF
Ketibaan pelancong asing dan sumbangan sektor pelancongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka akan kembali ke paras pra-pandemik tahun ini.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.